My New Laptop...

Published by RinduKu under on 2:03 AM


ACER Aspire 4730Z-341G16L Notebook

Genuine Windows Vista® Home Basic
The 14.1" Aspire 4730Z, sporting Acer's cool new chassis design, is a value leader. Powered by the solid Intel® Pentium® Dual Core mobile processor, this notebook commands strong multitasking performance. Featuring Intel® Graphics Media Accelerator 4500M (Intel® GMA 4500M) graphics with support for Microsoft® DirectX® 10 , the Aspire 4730Z runs video, multimedia applications and the latest games with ease. Equipped with Acer 3DSonic stereo speakers, Acer InviLink™ wireless technology, and a host of useful software solutions, the Aspire 4730Z is ideal for the budget-conscious consumer
Specification
Processor
Intel® Pentium® Dual-Core Processor T3400 (1MB L2 cache, 2GHz, 667MHz FSB)
Operating System
Linux
Chipset
Mobile Intel® GL40 Express Chipset
Memory
1GB of DDR2 667 MHz memory,
Display
14.1" WXGA high-brightness (200-nit) Acer CrystalBrite™ TFT LCD, 1280 x 800 pixel resolution
Graphics
Mobile Intel® GL40 Express chipset with integrated 3D graphics, featuring Intel® Graphics Media Accelerator (GMA) 4500M, up to 1,759MB Intel® Dynamic Video Memory Technology 5.0 (64MB dedicated system memory, up to 1,695MB of shared system memory), supporting Microsoft® DirectX® 10
Audio
Two built-in Acer 3DSonic stereo speakers, Intel® High Definition Audio support
Storage
160GB hard disk drive
Drives
8X DVD-Super Multi double-layer drive
• Read: 24X CD-ROM, 24X CD-R, 24X CD-RW, 8X DVD-ROM, 8X DVD-R, 8X DVD+R, 6X DVD-ROM DL (double-layer), 6X DVD-R DL (double-layer), 6X DVD+R DL (double-layer), 6X DVD-RW, 6X DVD+RW, 5X DVD-RAM • Writ
Communcation
Integrated Acer Crystal Eye webcam supporting Acer PrimaLite™ technology WLAN: Acer InviLink™ 802.11b/g Wi-Fi CERTIFIED® solution, supporting Acer SignalUp™ wireless technology LAN: Fast Ethernet, Wake-on-LAN ready Modem: 56K ITU V.92 with PTT approval, Wake-on-Ring ready
Weight
2.4 kg (5.29 Ibs.)
Power
4000 mAh 6-cell Li-ion battery pack
4000 mAh 6-cell Li-ion battery pac
I/O Port
Two USB 2.0 ports External display (VGA) port Headphone/speaker/line-out jack with S/PDIF support Microphone-in jack Line-in jack Ethernet (RJ-45) port Modem (RJ-11) port DC-in jack for AC adapter
Software
Acer Empowering Technology (Acer eNet, ePower, ePresentation, eDataSecurity1, eLock, eRecovery, eSettings Management) Acer Arcade™1 featuring Cinema, Video, Album, Music, Acer HomeMedia Acer Arcade™ Deluxe1 featuring DV Wizard, VideoMagician, DVDivine, Acer HomeMedia Acer GridVista™1 Acer Launch Manager Adobe® Reader® CyberLink® PowerProducer®1 Norton Internet Security™ NTI CD-Maker™ Acer GameZone Microsoft® Works 8.5 with Office Home and Student 2007 Trial

Kord gitar... Kalian cari sendiri...

Published by RinduKu under on 1:24 AM
Bunkface-Situasi

Am
Diskriminasi menjatuhkan aku,

Am
Reputasi kini menjadi bisu,

F G F G
Dan aku , ku layu....disitu...

F G
Mengharapkan sesuatu yang baru,

F G
Itulah impian aku....

C G
Kau bila kau menghilang,

G Am
musnah...musnah impian,

F
untuk mengampai bintang,

G C
terani hidup ku...

C G
Kau mahu kau tahu,

Am
Engkaulah destinasi ku....

F G
Dalam ingatan ku..wohuwooooo....

Am
Kerna diri ini tak daya lagi,

Am
Menempoh hidup yang ku temui,

F G
Dan aku....ku tunggu...wohuwo....


G
disitu....


P/S...Serambi ok...

Untuk Sape-sape yang pandai bermain gitar... Kord gitar saya cari sendiri...

Published by RinduKu under on 1:09 AM
Bau-Warkah

C G
Takkan lagi aku menunggu,

Am Em
Kau hadir didalam mimpi-mimpiku,

C G
Puasku mengharapkan dirimu,

Am Em
Seperti mereka yang punya cinta,

C G
Diriku tanpa dirimu,

Am Em
Kau tempohi penuh bahagia,

C G
Diriku mahu kau tahu,

Am Em
Berdiri jika tak terasa,

C G
Warkah ku mengharapkan dirimu,

Am Em
Seperti yang aku kenali dulu,

C G
Setiaku menantikan dirimu,

Am Em
Seperti setianya terhadap dirimu,

C G
Tapiku melepaskanmu,

Am Em
Meranjau namun tak berdaya,

C G
Terusku terus menunggu,

Am Em
Cinta yang tak pernah ada...

Oooooooooooo.....
C,G,Am,Em

Shah Rukh Khan memegang watak seorang lelaki yang boring dalam filem terbarunya.... Sape2 yang minat shahrukh khan..Not 4 me...

Published by RinduKu under on 12:58 AM

Filem terbaru Datuk Shah Rukh meletup di pawagam17 Dec 2008 10:28AM
Oleh Zieman
SHAH Rukh Khan memegang watak seorang lelaki yang boring dalam filem terbarunya.Selepas lapan tahun berkelana membawa haluan masing-masing, pelakon paling popular Bollywood Datuk Shah Rukh Khan akhirnya berpeluang bergandingan dengan pengarah Aditya Chopra semula.
Kali ini, bukan Raj atau Rahul watak yang diberi. Aditya yang juga penulis skrip filem ini telah memberikan Shah Rukh menghidupkan watak seorang pemuda Punjabi bernama Surinder Sahni dalam filem 'Rab Ni Bana Di Jodi' (Jodoh kita sudah ditakdirkan).
Kali terakhir, gandingan Shah Rukh-Aditya adalah di dalam filem box office Dilwale Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dan Mohabbatien. Yang membuat filem ini lebih istimewa, ianya turut diedarkan oleh Yash Raj Films, yang begitu sinonim dengan kualiti dan hiburan.
JALAN CERITA RNBDJ
Sebuah adegan dalam filem terbaru SRK yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Filem Rab Ni Bana Di Jodi (RNBDJ) berkisar tentang seorang lelaki yang pendiam dan kesunyian bernama Surinder Sahni. Beliau berusia 40 tahun dan bekerja di Punjab Power.
Surinder telah dijodohkan dengan seorang perempuan yang jauh lebih muda darinya bernama Taani, seorang gadis jelita dan periang.
Taani, yang baru saja kehilangan ayahnya dan kemudian terpaksa pula berkahwin dengan lelaki setua Surinder selalu sedih dengan nasibnya. Untuk mengambil hati isterinya Taani, Surinder cuba menukar imejnya agar dapat memenangi hati isterinya yang muda itu.
Selain dua bintang utama, bintang-bintang jelita Bollywood seperti Kajol, Rani Mukerji, Preity Zinta, Bipasha Basu dan Lara Dutta turut membuat penampilan istimewa.
RNBDJ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT
Aksi seorang pelakon paling popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.
Khabarnya filem RNBDJ, yang diedarkan pada Jumaat lepas, mendapat sambutan di Mumbai walaupun kesuraman bandar Mumbai belum pulih sepenuhnya setelah diserang oleh sekumpulan askar militan.
Anggapan kesuraman ini akan mempengaruhi permintaan filem ini ternyata meleset.
Ramai yang menyasarkan filem ini bakal melepasi kutipan boxoffice seperti kebanyakan filem Shah Rukh yang lepas, dan berkemungkinan ramalan ini hampir pasti apabila kutipan kasar filem ini diseluruh dunia meraih AS$12.5 juta (RM44.46 juta).
Filem ini juga meaih jualan tiket sebanyak AS$1 juta (RM3.55 juta) di Asia Barat pada minggu pertama tayangannya.
Jumlah ini mungkin menjadikan RNBDJ sebagai filem terlaris di Asia Barat mengatasi filem Dhoom 2 yang memperolehi kutipan AS$1.86 juta (RM6.61 juta) pada tahun 2006.
Shah Rukh Khan kelihatan begitu santai di kediaman mewahnya di Bandara, Mumbai.
TEMUBUAL DENGAN SRK TENTANG RNBDJ
Ketika ditemubual seminggu sebelum filem ini ditayangkan, Shah Rukh sendiri tidak dapat menggagak bagaimana sambutan filem RNBDJ. Namun beliau tetap optimistik, peminatnya akan tetap terhibur. "Filem ini cukup menghiburkan perihal seorang lelaki yang simple, your average type of guys whom you see everywhere.
Penampilan saya juga cukup berbeza sekali. Saya bermisai, rambut belah tepi yang menyerupai seorang lelaki yang 'boring' dan pakaian saya tidak mengikut peredaran zaman.
"Ini adalah sesuatu yang berbeza dari semua filem saya yang terdahulu.
Watak Surinder adalah sesuatu yang membuat saya senantiasa tersenyum kerana ianya cukup lucu dan meyakinkan saya. Saya yakin ada ramai lelaki yang seperti Surinder dalam dunia ini," jelas Shah Rukh yang ditemubual dari kediaman mewahnya di Bandara, Mumbai.
Katanya lagi, "Dalam filem 'Chak De India' watak saya begitu serius tapi dalam RNBDJ, ianya bertentangan sekali. Dan saya selalu tersenyum bila mengingatkan watak saya itu."
Menurut Shah Rukh, isterinya Gauri Khan, yang berbangsa Punjabi dan kedua orang anaknya begitu menyukai jalan cerita filem terbarunya terutama lagu-lagunya yang mengasyikkan.
Shah Rukh Khan, ketokohan bintang Bollywood yang paling popular di rantau ini tidak boleh dinafikan.
"Mereka kata saya kelihatan seperti seorang belia tapi mereka tetap suka watak saya. Saya paling suka lagu 'Haule Haule'.
Lagunya begitu indah dan mengimbau banyak kenangan manis."
Ketika ditanya bagaimana perasaannya digandingakan dengan pendatang baru seperti Anushka Sharma, Shah Rukh berkata, ianya sesuatu yang menggembirakan.
"Akhir-akhir ini semua pelakon wanita saya lebih muda dan tinggi dari saya. Generasi sekarang semuanya tinggi-tinggi belaka.
"Saya teringat semasa penggambaran filem 'Om Shanti Om', pelakon Deepika Padukone disuruh menanggalkan kasutnya supaya saya tidak kelihatan lebih pendek darinya. Rupa-rupanya, pada ketika itu dia tidakpun berkasut....," jelas Shah Rukh sambil ketawa kecil.
Filem RNBDJ juga merupakan filem pertama lakonan Shah Rukh pada tahun ini. Pelakon berusia 43 tahun ini berkata, beliau tidak terburu-buru untuk menerima setiap tawaran yang datang. "Kalau saya sabar, saya dapat tawaran yang bagus.
Tapi selalunya, penerbit filem malas nak offer saya, sebab itu saya tidak ada kerja sampai sekarang...(sambil ketawa)," katanya yang akan membintangi tiga buah filem pada tahun depan iaitu My Name is Khan, Don 2 dan Ravana.
Ketika artikel ini ditulis, Shah Rukh sudahpun berada di Los Angeles untuk penggambaran filem 'My Name Is Khan' selama 45 hari.
Filem 'My Name Is Khan' juga dekat di hati Shah Rukh kerana mesej yang akan disampaikan oleh filem ini.
"Tiba masanya kita memberitahu orang yang ugama Islam tidak pernah menyokong keganasan dan filem ini akan membawa mesej ini," jelas Shah Rukh yang begitu teruja dengan penampilan terbarunya dalam filem ini.
Bagi pelakon yang selalu diberi watak romantis ini, semua filem lakonannya adalah istimewa dan hebat.
"Semua filem saya adalah yang terhebat pernah dihasilkan. Saya tidak peduli bagaimana kutipan tiketnya. Yang penting, saya sudah beri yang terbaik dan saya tidak pernah memikirkan untung, rugi sesebuah filem itu setelah selesai penggambaran.
"Kawan-kawan saya Farah Khan dan Karan Johar tidak percaya sikap saya begitu. Farah pernah beritahu saya, saya perlu memikirkan dan lihat balik lakonan saya dalam 'Om Shanti Om'.
"Dan saya memberitahunya, saya tidak mahu. I need to move on. Bila saya bersara nanti, barulah saya fikirkan. Mungkin pada ketika itu, saya akan rasa kagum dengan filem saya.
"Atau mungkin juga saya akan ketawa melihat 'kesilapan' yang telah saya lakukan.
"Apa pun, saya tidak pernah menyesal dengan apa pun filem yang telah saya bintangi," kata Shah Rukh yang berjanhji akan ke Melaka pada bulan September ini untuk satu penggambaran filem. RNBDJ SEDANG DITAYANGKAN DI SEMUA PAWAGAM UTAMA DI MALAYSIA / Mstar

Love Your Mom...

Published by RinduKu under on 11:36 AM
Adakah anda menyayangi mama anda??cube bace ini...pasti menyentuh perasaan anda..

Sape syg mak,mama,ibu,ummi,...(beginikah menilainya)
Message: Message:
Sape syg mak,mama,ibu,ummi,...(beginikah menilainya)
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.