Kemana Roh Pergi Setelah berpisah daripada Jasad???

Published by RinduKu under on 2:48 PM
P/s Gambar hiasan sahaja

Abu Bkar R.A telah ditanya kemana roh pergi setelah ia keluar daripada jasad.Maka berkata Abu Bakar R.A "Roh itu menuju ke tujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus

3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4.Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan bergantung di udara tidak di bumi.
dan tidak dilangit sampai hari kiamat.

6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya sehingga kiamat."Telah bersabda Rasullullah S.A.W. 3 kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar daripada kuburnya:-

1. orang yang mati syahid

2.orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan puasa.

3.Orang yang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.... "Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah S.W.T.